April 15, 2013

Keletah Irfan Di Bulan Ke 6

Happy 6 Months old sayang (rasanya dah berkali-kali ulang. haha)

But I mean, it has been 6 months I'm raising my own child. Syukur. Sebab diberi peluang untuk jaga Irfan, tengok dia membesar dari sehari ke sehari, dapat kenal pasti setiap perubahan pada sikap dia, dan boleh cium dia setiap saat.

Manja! Memang sangat. Nak tengok dia senyum ke ketawa ke, cium je pipi dia bertubi-tubi. Kalau dia menangis, cium-cium pipi dia sambil usap pipi dia sebelah lagi. Dia suka. Agaknya dapat rasa kasih sayang orang sekeliling dia. Tapi tak kira la pulak mama dia yang memang suka cium dia. Haha!

Mengamuk! Itu tak payah cerita laa. Sejak dia baby lagi dia memang kuat menangis. Kalau dulu, asal buka mata je nangis, asal nangis je buka mata. Sekarang kurang banyak dah. Tapi dari sehari ke sehari cara dia menangis mesti berubah. Dulu melalak je kuat-kuat, dah sekarang ni sambil melalak dia teran suara dia lagi. Haha.

Panda Mama! Irfan manja sangat dengan saya sampai gelarkan dia Little Baby Panda. Suka sangat melekap kat badan lepas tu merengkot kan badan dia. Dengan orang lain dia taknak buat macam tu pulak. Haha. Untung la mama dia ni rajin nak layan.



Alhamdulillah. Syukur sangat. Makin hari, makin comel. Makin hari bibir makin tebal. Makin hari mata makin bulat. Tak puas la hai cium dia hari-hari. 

April 14, 2013

Orang Kahwin-Kahwin. Hakim & Farah. Amir & Alia.

Usia kita ni makin lama makin bertambah la kan harusnya. Tu yang tahun 2013 ni penuh la dengan undangan majlis kahwin. Baik kawan saya takpun kawan fandy. Tak kurang juga yang menambahkan zuriat bagi mereka yang dah kahwin la. Segalanya, Alhamdulillah.

Sabtu (13 April 2013), kita pun berjalan la pergi kenduri sana sini. Kebetulan 2 kenduri yang kitorang pergi ni, majlis Nikah dan sanding sahabat si suami. Akem & Ame. 

Awal kitorang keluar, dalam 8.30 pagi camtu. Irfan pun bangun awal lepas tidur lena 5 jam malam tu. Katanya majlis nikah Akem jam 9.30, rupanya jam 10. Lelah lah hai berkecah siap awal pagi tu

Alhamdulillah segalanya lancar. Sekali lafaz je sah Farah jadi isteri Akem. Selesai je nikah tu, sambung reception dekat Monterez Golf Club. Ok. Itu selesai! Tolak tepi la cerita makan-makan dan camwhoring.

Lewat tengahari terus kita bergegas ke rumah Ame untuk majlis bersanding pihak lelaki. Tak lama sangat duduk sana, cuaca panas terik, lepas tu Irfan pun da mula rimas. Lepas camwhoring semua, saya dan Fandy balik dulu. Yang lain, sambung lepak sana lagi makan aiskrim dekat booth aiskrim. 

Can't write here much. Pictures lebih sesuai dan paling tepat untuk menggambarkan & menginterpritasi suasana dan kegembiraan. Right????!!!

Tahniah buat Hakim Samat & Farah Anuar serta Amir & Alia
Semoga berbahagia. InsyaAllah.











April 1, 2013

April No Fool

Kalau dulu-dulu masa budak-budak lagi, mesti rasa tak sabar tunggu 1 April. Dulu kan ibarat seronok bila dapat kenakan orang, lepas tu sebut kuat-kuat "April Fool!!"

Itu dulu! Dulu la, masa sekolah rendah macam tu. Masuk sekolah menengah mula lah, kawan-kawan cakap "tak baik la sebut April Fool, tu semua ikut orang ka alif fa ya ra" Sejak tu, dah. Takde dah sebut-sebut, main-main April Fool.

Sekarang! Harini 1 hb pun sampai boleh tak perasan. Langsung dah takde hati nak fooling around. Tadi masa dalam kereta on the way balik dari rumah mak mertua, fikiran ni boleh pulak terlontar jauh kenangan zaman budak-budak dulu main-main April Fool. Macam-macam! Waktu budak-budak dulu rasa kelakar..

Dah meningkat dewasa macam ni, kahwin dah, ada anak pun dah. Semua tu da rasa tak relevant lagi. Tadi terlintas pulak, rasa macam dah tua sangat. Semakin lama, keriangan kanak-kanak tu hilang macam tu je. Banyak perkara lain yang jadi prioriti. Agaknya sebab tu Peterpan nak jadi kanak-kanak selamanya. Kan?

Tapi. Ada satu perkara dalam hidup saya sekarang yang bukan lagi 'fool'. Irfan!! 
Its April, and April is no more fool!!